TEDZA QASEH




Tedza Qaseh

Tedza Qaseh ditubuhkan pada 2007,  memulakan operasi secara kecil-kecilan di Batu Pahat, Johor.
Bermula sebagai sebuah syarikat kimpalan besi, Tedza Qaseh keluar dari kepompong perniagaan besi dan menceburkan diri ke arena persiapan majlis dan perkhedmatan kanopi.
Kini dengan lebih 5 tahun pengalaman, syarikat milik 100% Bumiputera ini -Tedza Qaseh telah melebarkan perniagaan dengan menjalinkan usahasama bersama beberapa badan kerajaan dan swasta dalam perniagaannya. Selain dari Terlibat secara langsung dengan beberapa aktiviti sukan antaranya merupakan salah satu penaja bagi pertandingan Motocross Jelajah Malaysia anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Circut Motorcross Malaysia yang berlangsung sebanyak 15 pusingan di seluruh Malaysia, TedzaQaseh juga telah mengikat kontrak bersama beberapa pertubuhan kerajaan untuk kontrak persiapan pentas. Ini memberi isyarat bahawa syarikat Tedza Qaseh mampu memenuhi standard yang diperlukan bagi sesebuah syarikat berteraskan kanopi dan persiapan pentas.

Bersesuaian dengan peningkatan permintaan dan penambahbaikan secara total ke atas perniagaan dan strategi pemasarannya, Tedza Qaseh yakin untuk terus meluaskan penjenamaannya ke seluruh negara bahkan dijangka Tedza Qaseh akan melebarkan sayapnya ke Thailand dan Singapura sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment